Lombong haram: Tunggu laporan akhir, kata MB Kelantan

Ahmad (kiri) semasa menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang turut menyerikan majlis tersebut.
Ahmad (kiri) semasa menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang turut menyerikan majlis tersebut.
A
A
A

Gua Musang – Kerajaan negeri kini sedang menunggu laporan-laporan akhir berkenaan dakwaan wujud perlombongan haram di kawasan tempat tinggal penduduk orang asli di Kuala Koh, Gua Musang.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya mengakui pernah memberikan lesen kepada sebuah syarikat untuk melombong bijih manganese atau keluli namun proses tersebut didakwa tidak menggunakan air.

“Kita pernah keluarkan lesen kepada satu syarikat melombong bijih manganese yang tidak menggunakan air.

“Kita sedang tunggu laporan-laporan terakhir. Itu sebabnya kita sedang buat kajian. Sekiranya berlaku apa-apa isu yang tidak mengikuti arahan, maka Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mesti bertindak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pas di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir, kepimpinan Pas negeri dan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Menurutnya, rumusan telah dibuat melalui mesyuarat pada 10 Jun lalu dan beberapa langkah telah dilakukan termasuklah tidak membenarkan mana-mana pihak kecuali badan berautoriti untuk masuk ke kawasan tersebut.

Beliau berkata, malah segala bantuan yang hendak disalurkan juga perlu melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dan pihak kerajaan negeri sendiri sentiasa memberikan tanggungjawab penuh terhadap perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Kita cuma tunggu kajian yang sedang dibuat untuk tindakan selanjutnya. Apa pun kita tetap bersimpati dengan apa yang berlaku kepada masyarakat orang asli ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Kenapa lombong haram masih belum disita?