Jet Israel gempur dua sasaran di Semenanjung Gaza

Gambar fail serangan jet Israel di sebuah lokasi di Semenanjung Gaza.
Gambar fail serangan jet Israel di sebuah lokasi di Semenanjung Gaza.
A
A
A

GAZA CITY - Jet Israel melancarkan serangan di dua lokasi di Semenanjung Gaza, awal pagi tadi.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, serangan itu sebagai tindak balas selepas bedilan roket Palestin dilancarkan ke daerah Eshkol.

Sumber tempatan berkata, jet Israel melancarkan dua peluru berpandu menyasarkan sebuah tanah pertanian di kawasan Al Rayyan yang terletak di timur Rafah.

Ia menambah, IDF turut menyasarkan sebuah kawasan tidak berpenghuni di Al-Souda di timur kawasan kejiranan Al-Zaytoun.

Menurut laporan stesen radio tempatan, tiada kematian dilaporkan susulan serangan tersebut.

Rejim Zionis mendakwa roket dilancarkan dari Gaza ke daerah Eshkol namun ia berjaya dipintas sistem pertahanan Iron Dome.

Israel secara berterusan menyerang Semenanjung Gaza sejak mengepungnya pada 2007. - Agensi

Artikel Berkaitan: