Cara alami stabilkan tekanan darah ibu hamil

A
A

BERHADAPAN dengan masalah tekanan darah tinggi semasa hamil pasti membuatkan ibu risau.

Selain mematuhi preskripsi ubat-ubatan yang diberikan, bagi mengatasi masalah ini si ibu juga boleh menggunakan cara alternatif bagi menurunkan tekanan darah.

Setiap kali pemeriksaan bulanan ibu hamil pasti risau jika tekanan darah naik
Setiap kali pemeriksaan bulanan ibu hamil pasti risau jika tekanan darah naik

Pelbagai petua tradisional daripada generasi terdahulu juga boleh dicuba. Cara ini lebih selamat kerana tidak melibatkan bahan kimia dan dadah.

1. Ambil jus segar campuran belimbing dan epal hijau pada waktu pagi dan malam.
2. Batang saderi juga boleh menurunkan tekanan darah. Ambil sebagai snek atau ulam. Kisar empat batang saderi dengan sebiji epal hijau untuk dijadikan jus dan minum.

3. Minum air kelapa dalam kuantiti sederhana (satu hingga dua gelas) setiap hari. Ia boleh bertindak meredakan tekanan darah tinggi. Tetapi elakkan air kelapa pada trimester pertama untuk mengelakkan keguguran.

4. Jus ekstrak delima boleh menurunkan tekanan darah. Ambil dalam kuantiti kecil.

5. Buat mereka beragama Islam, amalan membaca al-Quran setiap hari berupaya mengurangkan tekanan darah. Jika terdapat kekangan masa, dengarkan bacaan al-Quran menggunakan telefon pintar atau ketika bekerja dan memandu.

6. Madu juga memiliki kesan melenturkan pembuluh darah dan membantu mengurangi tekanan darah dari jantung. Minum satu atau dua sudu makan madu semasa perut kosong. Elakkan petua ini jika ibu mempunyai diabetes.