Chong Wei sah 'gantung raket'

Wajah sugul Chong Wei ketika mengumumkan persaraannya.
Wajah sugul Chong Wei ketika mengumumkan persaraannya.
A
A
A

[DIKEMASKINI] JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dalam sukan badminton selepas 19 tahun berjuang dan membanggakan nama Malaysia di persada dunia.

Berita persaraan itu diumumkan sebentar tadi oleh Chong Wei bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalannya, Steven Sim selain turut disertai Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

"Saya mahu umumkan persaraan selepas 19 tahun mewarnai sukan ini. Ia keputusan yang sukar untuk saya lakukan.

"Pada awalnya sangat berat untuk saya buat keputusan ini kerana saya sangat menyayangi sukan ini. Tetapi kesihatan harus diutamakan dan selepas berbincang, akhirnya saya mengambil keputusan ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua BAM, KBS, MSN, ISN, jurulatih-jurulatih, semua media, keluarga saya dan yang paling penting untuk semua rakyat Malaysia yang sentiasa berikan sokongan kepada saya," katanya sambil menitiskan air mata.

Chong Wei sedih kerana terpaksa membuatkan keputusan yang sukar untuk dilakukan.
Chong Wei sedih kerana terpaksa membuatkan keputusan yang sukar untuk dilakukan.

Artikel Berkaitan: