RCI Wang Kelian masuk hari ke-15

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis memasuki hari ke-15 hari ini.

Prosiding hari ini di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri yang diubah suai seperti mahkamah, bermula pada kira-kira 10.55 pagi.

Sehingga semalam, 41 orang saksi sudah memberikan keterangan di hadapan RCI itu.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mempengerusikan RCI yang dianggotai tujuh anggota dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai sebagai timbalan pengerusi.

RCI berkenaan memulakan sesi pendengaran pada 17 April selepas diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lepas.

Ia diadakan susulan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand pada 2015.

RCI itu antara lain akan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian. - Bernama

Artikel Berkaitan: