31 kanak-kanak maut kerana laici

Kanak-kanak mendapat rawatan akibat jangkitan otak dipercayai ada kaitan dengan sebatian toksik ditemui dalam buah laici. - AFP
Kanak-kanak mendapat rawatan akibat jangkitan otak dipercayai ada kaitan dengan sebatian toksik ditemui dalam buah laici. - AFP
A
A
A

NEW DEHLI - Seramai 31 kanak-kanak maut di utara India dipercayai disebabkan oleh jangkitan otak yang ada kaitan dengan sebatian toksik ditemui dalam buah laici.

Pihak berkuasa kesihatan negara itu hari ini berkata, kematian dilaporkan dari dua hospital di daerah Muzaffarpur, Bihar, yang terkenal dengan dusun laici.

Pegawai kanan kesihatan, Ashok Kumar Singh, berkata semua kanak-kanak menunjukkan gejala Sindrom Ensefalitis Akut (AES) dan mengalami kehilangan glukos dalam darah secara tiba-tiba.

“Jabatan kesihatan menasihati orang ramai supaya menjaga anak-anak mereka ketika musim panas apabila suhu mencapai 40 darjah Celsius,” katanya.

Sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak lain dirawat di unit rawatan rapi hospital terbabit sejak 10 hari lalu akibat simptom yang sama.

Ketua pegawai perubatan Hospital dan Kolej Perubatan Sri Krishna, S P Singh berkata, pihaknya sedang berusaha menyelamatkan mereka. - AFP

Artikel Berkaitan: