Permainan beyblade tukar suasana hari raya

No Image Caption
A
A
A

SEJAK kebelakangan ini permainan ala gasing iaitu beyblade menjadi fenomena dalam kalangan kanak-kanak sehinggakan banyak pertandingan beyblade telah dianjurkan terutamanya di peringkat komuniti setempat.

Kewujudan permainan yang diadaptasi daripada siri animasi Jepun itu juga dilihat sebagai satu perubahan positif di mana kanak-kanak sudah mula kurang bermain permainan di telefon pintar.

Pada Aidilfitri kali ini, rata-rata kanak-kanak membawa pulang beyblade ke rumah datuk dan nenek mereka untuk bermain bersama ahli keluarga yang lain.

Lebih meriah ia turut dimainkan bersama dengan pak cik dan mak cik sehingga kecoh satu rumah. Manakan tidak, talam, kuali dan juga besen nenek jadi mangsa akibat tak cukup gelanggang untuk bermain.

Ada juga keluarga yang menganjurkan permainan itu pada hari raya. Malah hadiah yang disediakan juga bukan biasa-biasa. Siap cukup dengan medal dan hamper sebagai ganjarannya.

Malah ada juga dalam kalangan komuniti di kampung atau taman perumahan turut sama menganjurkan pertandingan itu bagi mengeratkan silaturahim selain dapat berhari raya dalam suasana yang cukup harmoni.

Diharapkan ada lagi permainan seumpama ini diperkenalkan dalam kalangan kanak-kanak pada zaman ini kerana kita bimbang kebergantungan kepada permainan elektronik akan menyebabkan kanak-kanak terasing daripada dunia nyata yang lebih banyak keseronokan.

Artikel Berkaitan: