Dr Mahathir dakwa sebar video tindakan terancang

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berucap pada Majlis Makan Malam Sejuta Kenangan Bersama Perdana Menteri 2019 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berucap pada Majlis Makan Malam Sejuta Kenangan Bersama Perdana Menteri 2019 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penyebaran video lucah mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai satu tindakan terancang yang mempunyai agenda politik.

Katanya, kecanggihan teknologi hari ini membolehkan mana-mana pihak menyunting gambar bagi tujuan tertentu.

"Saya rasa perkara (klip video) itu tidak benar kerana kita boleh hasilkan pelbagai gambar atau video jika cukup bijak.

"Suatu hari nanti mungkin kamu akan lihat gambar saya sama seperti yang tersebar hari ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam Malam Sejuta Kenangan, Setia City ConventionCenter di sini malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kesahihan video dikaitkan dengan menteri

Selepas dua hari video lucah mengaitkan Mohemad Azmin, beliau hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkan ia satu tuduhan jahat dan kejam terhadapnya.

Jelasnya, beliau yakin siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan kerjaya politiknya.

Mengulas mengenai pengakuan, Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang Timbalan Menteri, Muhammad Haziq Aziz, Dr Mahathir mempersoalkan mengapa individu berkenaan tidak malu mengaku kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

"(Individu) yang mengaju ini seolah-olah sengaja buat perkara ini. Biasanya orang (bernafsu songsang) seperti itu malu untuk mengaku tetapi dia tidak.

"Sekarang ini dia mengaku dengan (perbuatannya). Apa tujuan sebenar?" soalnya.

Beliau berkata, tindakan menyebarkan video lucah itu suatu tindakan kotor dan jijik.

"Saya lihat kalau kamu tidak boleh menang ke atas seseorang jangan buat perkara kotor. Jadikan politik ini bersih.

"Kalau nak buat seperti itu, setiap hari boleh sahaja berkongsi (gambar dan video lucah). Kamu hampir kalah dan nak menang, kamu sebar gambar lucah," katanya.