Sempat togok air botol sebelum mencuri

Suspek sempat menogok air botol sebelum mengumpil mesin wang di kaunter sebuah restoran di Tanah Merah.
Suspek sempat menogok air botol sebelum mengumpil mesin wang di kaunter sebuah restoran di Tanah Merah.
A
A
A

TANAH MERAH- Seorang lelaki sempat menogok air botol sebelum mengumpil mesin duit di bahagian kaunter sebuah restoran dalam kejadian pecah masuk di Taman Barakah di sini kelmarin.

Perlakuan lelaki itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan tanpa disedarinya.

Rakaman CCTV berdurasi lebih 4 minit itu menunjukkan suspek menggunakan pemotong khas (cutter) bagi membuka mesin duit berkenaan.

Lelaki berkenaan sempat mengisi wang yang diambil dari mesin wang itu dalam beg kecil yang dibawanya, sebelum melarikan sejumlah wang dan terus meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pengecaman sudah dibuat melalui rakaman CCTV di kedai berkenaan.

"Kita kini sedang memburu suspek yang telah dikenal pasti memecah masuk restoran terbabit.

"Dipercayai suspek merupakan penduduk tempatan dan berasal dari daerah ini," katanya.

Dalam kejadian kelmarin, perlakuan suspek yang memecah masuk kedai makan berkenaan berjaya dirakam melalui CCTV dan melalui rakaman itu suspek datang bersendirian di kedai itu.

Artikel Berkaitan:

Suzaimi turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu dalam usaha membantu siasatan