Pelakon wanita dicekup serbuan parti liar

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon wanita antara yang dicekup polis dalam serbuan parti liar di sebuah kondominium mewah di Bukit Ceylon di sini, tengah malam semalam.

Serbuan kira-kira jam 12.40 pagi itu telah menahan seramai 19 individu.

Turut ditahan seorang lelaki merupakan ahli perniagaan bergelar Datuk.

Siasatan mendapati Datuk berusia 28 tahun ini memainkan peranan sebagai penganjur dengan membiayai kesemua perbelanjaan termasuk bekalan dadah.

Berdasarkan pemeriksaan, terdapat 11 lelaki dan lapan wanita warga tempatan berusia lingkungan 21 hingga 40-an yang berada di tingkat lapan kondominium berkenaan.

Difahamkan, unit kondominium tersebut disewa dengan harga RM1,000 untuk satu malam.

Peserta ini dijemput menerusi aplikasi WhatsApp tanpa sebarang bayaran kerana ditanggung sepenuhnya oleh penganjur. Pengunjung pesta itu dipercayai berhibur sambil mendengar muzik kerana ada penemuan beberapa peralatan muzik iaitu alat pembesar suara dan lampu disko.

Polis turut merampas empat paket plastik yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine dianggar bernilai RM720.

Artikel Berkaitan:

Hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati 11 daripada mereka adalah positif dadah namun pelakon wanita berusia lingkungan 40-an itu dan tujuh orang lagi didapati tidak mengambil sebarang dadah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah ketika dihubungi mengesahkan tentang serbuan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.