Majlis Perundingan Mahasiswa Perak harus kekal

Muhammad Asree Abdul Aziz
Muhammad Asree Abdul Aziz
A
A
A

IPOH - Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) yang ditubuhkan sejak sembilan tahun lalu perlu dikekalkan sebagai entiti utama yang menghubungkan mahasiswa dengan Kerajaan Perak.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak, Muhammad Asree Abdul Aziz berkata, penubuhan Sekretariat Mahasiswa Perak yang dilancarkan baru-baru ini perlu diperjelaskan peranan dan fungsi supaya tidak bertindih dengan MPMP.

"Penubuhan MPMP adalah hasrat mahasiswa sendiri sebagai medium penghubung dan saluran rasmi antara mahasiswa Perak dengan kerajaan negeri. Persoalannya, adakah dengan penubuhan Sekretariat Mahasiswa Perak oleh Kerajaan Perak bertujuan menggantikan peranan MPMP sedia ada?

"Jika ya, maka GPMS Perak menyatakan pendirian sebaliknya. Jika ini berlaku, jelaslah mahasiswa Perak sedang dipercaturkan atas agenda politik setelah berlaku pertukaran kerajaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelancaran Sekretariat Mahasiswa Perak oleh Exco Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi pada 9 Jun lalu.

Menurutnya, usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan hubungan baik dengan mahasiswa Perak sangat dialu-alukan malah GPMS Perak optimis dengan hasrat murni mengutamakan integriti dan kebebasan dalam pengurusan mahupun pentadbiran.

"Namun kami khuatir penubuhan sekretariat tersebut tidka ubah seperti kaki dan tangan orang politik untuk membina populariti mereka semata-mata. Maka kami menuntut tumpuan diberikan kepada entiti sedia ada iaitu MPMP dengan meletakkan dasar dan hala tuju baru yang lebih jelas demi pembangunan serta kebajikan mahasiswa Perak," katanya.

Artikel Berkaitan: