Bomba Perak buat solat hajat, tahlil untuk Adib

Kira-kira 120 pegawai dan anggota bomba hadir majlis yang dianjurkan JBPM Perak, hari ini.
Kira-kira 120 pegawai dan anggota bomba hadir majlis yang dianjurkan JBPM Perak, hari ini.
A
A
A

IPOH - Sebagai tanda solidariti terhadap pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan beberapa anggota bomba lain yang terkorban tahun ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengadakan solat hajat dan tahlil, hari ini.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, inisiatif itu dibuat pihaknya sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota yang terkorban ketika bertugas.

Katanya, peristiwa yang berlaku itu menjadi sejarah kepada JPBM dan akan terus dikenang.

"Jabatan Bomba kini mengalami perubahan cabaran ketika bertugas dan ia sekaligus meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan anggota.

"Program yang kita adakan ini juga sebagai menzahirkan rasa dukacita kita kerana pemergian mereka satu kehilangan besar buat jabatan," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Tahlil di Pejabat JBPM Perak, Bandar Meru Raya, di sini.

Sayani berkata, seramai kira-kira 120 pegawai serta kakitangan termasuk ketua-ketua balai bomba dan penyelamat hadir pada program tersebut.

Artikel Berkaitan: