Wartawan ke-6 dibunuh di Mexico tahun ini

 Norma Sarabia menjadi wartawan keenam dibunuh di Mexico tahun ini.
Norma Sarabia menjadi wartawan keenam dibunuh di Mexico tahun ini.
A
A
A

VILLAHERMOSA - Seorang wartawan wanita dibunuh di tenggara Mexico semalam, lapor media tempatan.

Norma Sarabia bertugas sebagai koresponden bagi akhbar Tabasco HOY selama 15 tahun dan baru-baru ini dia berkhidmat di salah sebuah syarikat akhbar di negeri Tabasco.

Sarabia adalah wartawan ke-6 dibunuh tahun ini di Mexico.

Mexico adalah salah satu negara paling bahaya di dunia kepada pengamal media, di mana lebih 100 wartawan dibunuh sejak tahun 2000.

Kebanyakan pembunuh gagal dibawa ke muka pengadilan.

Bulan lalu, wartawan jenayah, Francisco Romero dibunuh selepas menerima ancaman maut. - AFP

Artikel Berkaitan: