X

Kindly register in order to view this article
!

Aileen Humaira, 3
A
A

SEPANG - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Sepang dalam usaha mengesan waris kanak-kanak bagi tujuan penempatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut.

Pegawai Pelindung PKMD Sepang, Norhafizah Saadan berkata Aileen Humaira, 3, telah ditinggalkan oleh seorang wanita di kedai urutan Reflexologi di Bangunan Medan Mara, Kuala Lumpur pada 10 September 2016.

"Wanita tersebut telah datang ke kedai dan memaklumkan untuk berurut, namun telah keluar sekejap untuk pergi ke tandas dan meninggalkan kanak-kanak di kedai tersebut.

"Akan tetapi wanita tersebut tidak muncul-muncul dan membiarkan kanak-kanak tersebut seorang diri dan telah ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.

Mengulas lanjut, Norhafizah kini dalam usaha mengesan waris kanak-kanak tersebut bagi tujuan penempatan dan kebajikan kanak-kanak selanjutnya.

"Sehubungan dengan itu, jabatan ini mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak untuk menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang," katanya.

Sebarang maklumat yang diperlukan boleh menghubungi Norhafizah Saadan di talian 03-87061026 sambungan 110.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!