Banjir kilat terkawal

Anggota APM di salah sebuah rumah yang dinaiki air di Batu 6, Tambun semalam.
Anggota APM di salah sebuah rumah yang dinaiki air di Batu 6, Tambun semalam.
A
A
A

IPOH - Keadaan banjir kilat di Batu 6, Tambun semalam dilaporkan terkawal hari ini setelah paras air didapati surut pagi tadi.

Pegawai Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta Leftenan Rayner Saimon berkata, keadaan berkenaan menyaksikan enam sekeluarga yang ditempatkan sementara di inap desa berhampiran semalam telah pulang ke rumah.

Justeru menurutnya, tidak ada pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini setelah paras air didapati surut padi tadi.

“Banjir kilat berkenaan secara keseluruhannya melibatkan empat rumah di kawasan ini. Bagaimanapun hanya satu keluarga yang kita pindahkan ke sebuah homestay di sini dan keluarga ini telah pun pulang ke rumah mereka.

“Hasil pemantauan, kita dapati banjir kilat ini berlaku disebabkan saliran perparitan yang tidak lancar di sini.

“Kita juga telah laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat Parlimen Tambun untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Keadaan banjir di Kampung Klah Baru.
Keadaan banjir di Kampung Klah Baru.

Sementara itu, pihak Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Batang Padang mengumumkan penutupan Pusat Pemindahan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Klah Baharu, Slim River hari ini.

Artikel Berkaitan:

Menurut pihak sekretariat berkenaan, pengumuman penutupan pusat pemindahan berkenaan dibuat setelah paras air yang naik setinggi 1 meter di kampung berkenaan didapati surut pagi tadi.

“Bagi pihak Pegawai Daerah Batang Padang, kita umumkan penutupan pusat pemindahan ini yang menempatkan seramai 29 penduduk Kampung Klah Baru dan melibatkan 10 keluarga yang ditempatkan di sini.

“Setelah pengumuman penutupan pusat pemindahan berkenaan, pihak berwajib juga akan melaksanakan kerja-kerja pasca banjir di kampung berkenaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Banjir: Mangsa boleh pulang ke rumah