Deodoran punca kulit gelap bawah lengan?

Kulit bawah lengan yang kehitaman boleh dirawat dengan menggunakan jus lemon.
Kulit bawah lengan yang kehitaman boleh dirawat dengan menggunakan jus lemon.
A
A
A

MASALAH kulit bawah lengan menjadi hitam pastinya akan mencacatkan penampilan diri.

Masalah ini dikatakan berpunca daripada pemakaian deodoran. Betulkah begitu?

Sebenarnya secara fizik, kulit di kawasan bawah lengan memiliki pigmen yang berbeza daripada kulit sekitarnya.

Ini merupakan punca sebenar timbul warna gelap itu dan ditambah pula dengan ketidakseimbangan hormon menjadi salah satu sebab kulit menjadi hitam di bawah lengan.

Sedangkan deodoran berfungsi untuk membantu kulit di bawah lengan menjadi kering dan mengelakkan pertumbuhan bakteria.

Apakah penyebab kulit bawah lengan ini menjadi gelap mari kita pelajari:

1. Pewangi dan alkohol pada deodoran atau antiperspirant (antipeluh) yang berlebihan.

Ia boleh meningkatkan iritasi pada kulit sehingga menjadi hiperpigmentasi iaitu punca kulit menjadi gelap.

2. Berhati-hati ketika menanggalkan rambut di bawah lengan.

Artikel Berkaitan:

Jika anda gemar menanggalkan rambut di bawah lengan ia akan menjadi punca iritasi kulit dan menjadikan kulit permukaan bawah lengan menjadi nipis. Kulit cepat sensitif, kering dan berpeluh. Jadi anda perlu berhati-hati dalam memilih deodoran.

3. Keliru dengan penggunaan deodoran dan antiperspirant.

Kedua-dua memiliki fungsi yang berbeza. Jika ingin menghilangkan bau, deodoran adalah pilihan yang tepat. Manakala untuk mendapatkan kesan kelembapan sepanjang masa dan menghapuskan bau serta menyekat peluh berlebihan gunakan antiperspirant.

4. Menggunakan deodoran pada waktu yang salah.

Ramai yang selesa menyapu deodoran selepas mandi. Sebenarnya deodoran boleh digunakan bila-bila masa, setiap saat dan hari. Tetapi jika anda menggunakan antiperspirant, waktu yang paling sesuai adalah ketika malam sahaja.

5. Rawat menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Guna cara semula jadi untuk merawat masalah bawah lengan hitam dengan ambil jus lemon dan campurkan bersama buah timun yang sudah diparut. Gaul sempurna dan campurkan parutan kunyit di dalamnya. Sapu adunan ini di bawah lengan dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam agar bawah lengan kekal bersih, harum dan tetap kering.