Siapa ada maklumat kes dera bayi

Polis memuat naik status memohon bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kes penderaan itu.
Polis memuat naik status memohon bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kes penderaan itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung satu video kes dera bayi.

Menerusi paparan video durasi satu minit 35 saat itu, kelihatan seorang wanita dewasa dipercayai penjaga bayi bertindak kasar dengan memukul ketika memakaikan lampin serta membiarkan bayi dalam keadaan tercekik ketika menarik baju bayi malang itu. Selain turut menggoncang dan menghempas bayi itu.

Bayi dianggarkan berusia setahun lebih itu menangis dan menjerit diperlakukan sebegitu.

Permohonan kerjasama itu dinyatakan menerusi Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) sebentar tadi yang turut memuat naik video insiden dera berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada polis dengan menghantar mesej di inbox Facebook Rasmi PDRM https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/ atau melalui Twitter rasmi PDRM https://twitter.com/PDRMsia.

Orang ramai juga boleh menyalurkannya melalui Whatsapp Jabatan Siasatan Jenayah di talian 019-3019930 atau terus tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Sehingga berita ini disiarkan lebih 2,000 warganet memberi komen menzahirkan rasa marah dan berharap pelakunya segera diberkas polis.

Warganet Husnida Aziz berkata, semoga Allah selamatkan bayi itu segera dan pelakunya dapat ditangkap secepat mungkin.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi warganet, Rain Singh berkata, Aduh terhenti jantung seketika melihat kekejaman terhadap nyawa si kecil itu..semoga dia selamat dan sihat..harap wanita zalim ini cepat ditangkap

Ada juga warganet yang menzahirkan kekecewaan apabila individu yang merakam tidak bertindak menghalang wanita berkenaan.

Leen Zainal berkata, yang tukang rakam tu pun..... aduhai..... tak bersuara langsung.