'Ainul dah sedar'

Gambar terbaru Ainul yang dimuatnaik bapanya, Ahmad Safiuddin di laman Facebook.
Gambar terbaru Ainul yang dimuatnaik bapanya, Ahmad Safiuddin di laman Facebook.
A
A
A

LONDON - Bayi istimewa, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin telah sedar hari ini selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya semalam.

Berita gembira itu dikongsi bapanya, Ahmad Safiuddin di laman Facebooknya sebentar tadi.

"Ainul dah sedar, Alhamdulillah. Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk pastikan Ainul betul-betul OK sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa.

"Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ya semua," tulisnya.

Ahmad Safiuddin turut memuatnaik gambar terbaru Ainul selepas menjalani pembedahan.

Rata-rata netizen mendoakan Ainul yang berusia sembilan bulan itu cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan.

Ainul yang menghidap ‘Germ Cell Tumour' selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulutnya di sebuah hospital, di sini semalam.

Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Artikel Berkaitan:

Doktor berasal dari Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Julian Ong turut terlibat dalam pembedahan berisiko tinggi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Amalina sebak kejayaan pembedahan Ainul