KJ persoal tugas Waytha Moorthy...

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mempersoalkan tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy.

Menurut beliau, Waytha Moorthy ditanggungjawabkan menjaga portfolio perpaduan tetapi jelas beliau telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Bagaimana beliau mampu memupuk perpaduan? Apa yang dia boleh buat untuk menyatukan rakyat?

“Oh, rakyat sudah bersatu dalam menolak beliau,” katanya di laman Twitter hari ini.

Beliau turut menyertakan pautan laporan berita yang menyiarkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpuas hati dengan prestasi Waytha Moorthy.

Nama Waytha Moorthy kembali hangat susulan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, Isnin lalu selepas cedera dipukul dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Netizen mendakwa Waytha Moorthy gagal memainkan peranan sebagai menteri perpaduan dalam isu rusuhan kuil tersebut.

Satu petisyen yang mendesak Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai menteri turut dilancarkan dan telah ditandatangani 293,120 orang sehingga jam 12.30 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan: