Putra sasar 400,000 ahli sebelum 2020

Ibrahim (tiga dari kiri) dan Mohd Radzi (dua dua kiri) menyerahkan borang keahlian kepada kepimpinan Putra Kedah yang dilantik.
Ibrahim (tiga dari kiri) dan Mohd Radzi (dua dua kiri) menyerahkan borang keahlian kepada kepimpinan Putra Kedah yang dilantik.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mensasarkan keahlian mencecah 400,000 orang sebelum Perhimpunan Agung Tahunan pada Mei 2020.

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, parti yang memperjuangkan agenda hak Melayu dan Bumiputera itu telah mengenal pasti sebanyak 191 bahagian seluruh negara kecuali Sarawak yang berpotensi untuk dikembangkan.

Menurut, setakat ini, pihaknya mensasarkan setiap bahagian mempunyai 2,000 keahlian yang juga merupakan penyokong tegar parti sekaligus jentera pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita hanya memilih ahli berkualiti di mana setiap cawangan ada 25 ahli pun sudah cukup, tak kisah ahli tak ramai tetapi mempunyai ahli yang berkualiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Perjumpaan Penyelaras Parti Putra Negeri Kedah 2019 di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Penyelaras Putra Negeri Kedah, Datuk Mohd Radzi Salleh.

Ibrahim berkata, setakat ini sebanyak 50,000 borang keahlian telah diedarkan dan disebabkan sokongan memberangsangkan, dijangka sebanyak 50,000 lagi borang akan diagih penghujung bulan ini.

Dari soal kepimpinan, katanya, Putra akan mengambil pendekatan mempelajari kesilapan yang telah dilakukan parti lain di samping mengharapkan agar parti politik di Malaysia berbesar hati menerima Putra sebagai sebuah parti baharu.

Artikel Berkaitan:

"Jangan anggap kami sebagai saingan sebaliknya persaingan yang membawa kebaikan," katanya.

Beliau berkata, kepimpinan Putra telah menakluk semua negeri di semenanjung kecuali Johor, Perak dan Pahang yang akan dilakukan dalam masa terdekat selain di Perak.

Beliau menjelaskan, Putra tidak akan bergabung dengan mana-mana pihak sebaliknya percaya kepada keupayaan sendiri membangunkan parti baharu itu.