Aishah akui pernah tertinggal anak

Aishah bersama dua anaknya.
Aishah bersama dua anaknya.
A
A
A

PENYANYI terkenal, Aishah, meluahkan pandangannya mengenai sikap sesetengah netizen yang cepat membuat andaian berdasarkan satu peristiwa tanpa mengetahui hujung pangkal cerita.

Ini berikutan viral beberapa kisah mengenai duit raya ciput, harta dan binatang peliharaan yang dimusnahkan oleh anak-anak tetamu dan kes tertinggal anak dan ibu di hentian rehat.

"Raya tahun ini macam-macam cerita yang viral. Dari cerita helang terbang lebih tinggi dari pipit (bukan enggang dengan pipit yang perumpamaan tu) ke duit raya ciput, harta dan binatang peliharaan musnah akibat anak-anak tetamu yang menziarah di hari raya hinggalah kes anak/ibu tertinggal di RNR.

"Apa yang membuatkan saya sedikit ralat dalam hati bila membaca komen-komen dari netizen yang cepat sungguh membuat kesimpulan dan hukuman.

"Orang putih ada kata kita harus selalu memberi 'the benefit of the doubt' atau orang Melayu kata bersangka baik.

"Saya beritahu awak, perkara-perkara sebegini memang boleh terjadi dan bukannya kerana kurang kasih sayang anatara keluarga itu," tulisnya di Instagram.

Aishah bersama keluarga. FOTO : INSTAGRAM
Aishah bersama keluarga. FOTO : INSTAGRAM

Akui juara Gegar Vaganza musim keempat ini dan pemilik nama Wan Aishah binti Wan Ariffin, dia sendiri secara tidak sengaja pernah tertinggal anaknya di sebuah kedai tidak lama dahulu kerana salah faham.

Artikel Berkaitan:

"Saya sendiri dulu masa anak-anak kecil pernah tertinggal Armand di 7-Eleven Ampang (nasib baik tak jauh)kerana miscommunication, saya yang memandu mati-mati ingat dia dah masuk di belakang, rupanya dia letak barang dan keluar semula.

"Hanya bila saya dah selekoh nak masuk simpang rumah baru si adik tanya 'maa, abang???' baru saya sedar Armand dah tertinggal. Benda-benda ini memang boleh jadi," jelasnya.

Tambahnya, penyanyi Dayangku Intan juga pernah tertinggal di hentian rehat oleh suami sendiri.

"So, you nak kata suami dia saja-saja nak tinggalkan dia ke??? Atau saya sendiri tak sayang anak dan tinggalkan dia.

"Bila kita kepenatan, kita boleh membuat kesilapan. Jadi jangan cepat menilai. Jangan keruhkan keindahan bulan Syawal yang mulia ini..." akhirinya.