Kajian bukti golongan bapa pandang 'sepi' cuti bersalin

Kebanyakan lelaki menyifatkan proses menjaga bayi adalah tugas hakiki wanita.
Kebanyakan lelaki menyifatkan proses menjaga bayi adalah tugas hakiki wanita.
A
A
A

SATU kajian baharu menggambarkan perbezaan 'tugas' antara lelaki dan wanita adalah bermula dari rumah.

Ia berdasarkan hasil keputusan yang diperoleh iaitu hanya sebahagian kecil golongan bapa sanggup mengambil cuti bersalin (paternity leave) manakala selebihnya menyifatkan proses menjaga bayi merupakan tugas hakiki wanita bukannya lelaki.

Berdasarkan laporan Organisasi Promundo di Amerika Syarikat, biarpun 90 daripada 187 buah negara menawarkan cuti bersalin namun, nampaknya peluang tersebut dipandang ‘sepi’ oleh sesetengah kaum bapa.

Buktinya, sebanyak 80 peratus lelaki di 15 buah negara seperti Mesir, India, Pakistan, Mali, Moldova dan Nigeria berpendapat proses menukar lampin, memandikan mahupun menyusu bayi adalah tugas seorang ibu.

Sementara itu, The State of the World's Fathers pula melaporkan sebanyak 40 peratus bapa di Kanada dan 35 peratus di Jepun tidak merebut peluang cuti bersalin kerana lebih cenderung memikirkan soal kerja dan kewangan keluarga.

Situasi sama turut berlaku di Brazil, Argentina, Belanda dan Britain walaupun golongan ibu memberitahu keadaan fizikal dan mental mereka selepas tempoh bersalin akan bertambah sihat sekiranya para suami mengambil cuti selama dua minggu.

Bagaimanapun, hasil kajian di tujuh buah negara yang melibatkan 12,000 individu mendapati separuh daripada lelaki sukarela memohon cuti bersalin selepas isteri mereka bersalin atau mengambil anak angkat.

Menurut Penyelidik Promundo, Brian Heilman pula, terlalu banyak laporan ataupun kajian mendedahkan perihal stereotaip jantina yang berlaku di seantero dunia.

“Kesannya, jika di rumah sudah wujud perbezaan tugas antara lelaki dan wanita maka tidak mustahil amalan seumpama itu akan berlarutan di luar kediaman terutamanya di tempat kerja,” katanya kepada Yayasan Thomson Reuters.

Artikel Berkaitan: