Sempat keluar sebelum BMW terbakar

Bahagian enjin kereta BMW milik mangsa musnah 70 peratus dalam kejadian di Lebuhraya Kesas menghala Shah Alam, awal pagi tadi. - Foto ihsan BBP Pelabuhan Klang
Bahagian enjin kereta BMW milik mangsa musnah 70 peratus dalam kejadian di Lebuhraya Kesas menghala Shah Alam, awal pagi tadi. - Foto ihsan BBP Pelabuhan Klang
A
A
A

KLANG – Seorang lelaki bernasib baik kerana sempat keluar sebelum kereta mewah jenis BMW yang dipandunya hangus dalam kejadian di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Shah Alam, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai bersama sebuah jentera serta unit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 12.04 pagi.

Katanya, ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati terdapat sebuah kereta jenis BMW terbakar pada bahagian enjin.

“Kejadian disedari mangsa berusia 27 tahun apabila kenderaan dipandu tiba-tiba tidak berfungsi sebelum mangsa memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

“Api dapat dikawal dalam masa l5 minit menggunakan satu aliran ‘hose reel' dari tangki jentera,” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 1.02 pagi.

“Kereta hangus 70 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kebiasaannya kebakaran kenderaan berpunca dari bateri kereta.

“Litar pintas berlaku apabila terdapat kebocoran elektrik. Namun bagi kes ini, kita masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian sebenar,” katanya.

Artikel Berkaitan: