Fizo Omar janggal raya berasingan dengan isteri

Pelakon, Fizo Omar
Pelakon, Fizo Omar
A
A
A

PELAKON, Fizo Omar terpaksa meraikan Syawal berasingan dengan isterinya, Mawar Abdul Karim kerana bapa mentuanya jatuh sakit.

Jelas Fizo, mereka sepatutnya menyambut hari raya bersama di Kota Bharu, Kelantan, namun Mawar terpaksa pulang ke kampungnya di Pulau Pinang keran risau.

"Mawar risau bila dapat berita kaki bapanya tiba-tiba terseliuh. Saya pula kebetulan memang sudah pulang ke Kota Bharu lebih awal. Jadi, nak tak nak kami terpaksa sambut 1 Syawal berasingan," katanya sebagaimana laporan portal hiburan Melayu lain.

Dalam pada masa sama, Fizo meluahkan dia berasa kekok tanpa isteri di sampingnya.

"Memang janggal rasanya sebab tak ada isteri di pagi raya. Kami sudah bersama hampir enam tahun sambut hari raya tanpa berjauhan, apatah lagi ada anak sekarang ini. Rindu pun apatah pula kan. Tapi nak buat macam mana kerana semuanya sudah tertulis.

"Tiada apa yang nak dibangkitkan kerana selepas ini, kami tetap akan berjumpa semula bila masing-masing pulang ke ibu kota," luahnya.

Sementara itu, Fizo menepis dakwaan konon rumah tangganya dilanda badai.

"Hubungan kami OK dan semuanya berjalan dengan lancar. Cuma, perancangan nak sambut hari raya bersama tak dapat disebabkan kejadian yang tidak diduga berlaku," jelas Fizo.

Artikel Berkaitan: