Saya memang dah sihat: Wan Maimunah

No Image Caption
A
A
A

PELAKON hebat, Wan Maimunah, 62, berkata dia kini sudah kembali sembuh seperti sedia kala.

"Saya memang sudah sihat. Alhamdulillah, Tak ada lagi masalah kesihatan sekarang.

"Sebenarnya, selepas keluar dari hospital dulu, saya tak pergi buat pemeriksaan susulan dengan doktor.

“Lagipun, anak-anak saya ada hal keluarga dan susah untuk bawa saya dari Sungai Udang, Melaka ke Hospital Alor Gajah. Selepas itu, saya kena pergi Hospital Melaka pula dan ia memang rumit,” katanya sebagaimana dilaporkan portal media hiburan lain.

Sekitar Ogos tahun lepas, pelakon itu dilaporkan mengalami sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Dalam perkembangan lain, pelakon terkenal itu turut bersyukur apabila dia dikategorikan sebagai asnaf oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan menerima bantuan RM200 sebulan.

Artikel Berkaitan: