Saya tak tahu apa-apa, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau tidak tahu mengenai penyebaran video 'intim' yang didakwa mirip seorang menteri Kabinetnya.

Katanya, beliau hanya tahu mengenai perkara itu selepas ditanya wartawan hari ini.

"Saya tidak tahu apa pun. Saya baru dengar.

"Saya kena baca dulu, kalau awak (wartawan) boleh bagi briefing. Boleh juga," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar dan video 'intim sejenis' itu.

Terdahulu, tular video melibatkan dua lelaki yang dikatakan bermula di grup WhatsApp.

Difahamkan kejadian dilaporkan berlaku di luar negara berdasarkan kepada suara dalam televisyen di dalam video berkenaan.

Artikel Berkaitan: