PKR berpecah kerana isu Latheefa: Penganalisis

Prof Dr Sivamurugan Pandian
Prof Dr Sivamurugan Pandian
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengakibatkan perpecahan ketara dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, politik fraksi atau pihak yang memberikan sokongan terhadap pihak tertentu memang tidak dapat dielakkan dalam parti tersebut.

“Sudah tentu pelantikan ini memberikan impak yang besar kerana Latheefa sudah bersetuju untuk menerima jawatan ini dan Perdana Menteri sendiri sudah tegaskan tidak akan menarik balik keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar gesa semua pihak terima pelantikan Latheefa Koya

“Jadi Latheefa seharusnya disokong oleh parti dan memainkan peranan beliau dan pihak luar pula harus melihat pelantikan itu dalam jangka masa yang panjang bertujuan menghapuskan gejala rasuah dalam negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, Sivamurugan berkata, Latheefa tidak seharusnya dibebankan dengan dengan perbalahan tersebut dan menjadi mangsa keadaan kerana isu utama ialah proses pelantikan yang tidak selari dengan manifesto PH.

“Saya fikir semua pihak perlu ketepikan prinsip politik masing-masing dan beri ruang kepada Latheefa untuk menjalankan tugasnya,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: