Tip 'sejukkan diri' hadapi kritikan

A
A

TENTU kita sudah biasa dengan 'kerja-kerja' mengkritik. Tapi bagaimana pula jika diri sendiri pula yang dikritik?

Bayangkan kalau terkena batang hidung sendiri, bagaimanakah penerimaan anda?

1) Supaya tidak murung sendiri apabila anda dikritik, ini antara tip yang boleh anda ikuti:

- Berada dalam keadaan santai, tarik nafas panjang nyatakan atau lafazkan perkataan “tenang” (relaks).

- Bayangkan anda berada di tempat yang selamat untuk beberapa saat. Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai.

- Anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda.

2) Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda:

- Terima kesilapan dan akui kritikan itu betul.

- Memohon maaf.

- Ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut.

3) Jika kritikan tepat tetapi tidak membina:

- Akui kesilapan.

- Beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan.

- Ambil langkah pembetulan.

4) Jika kritikan tidak tepat:

- Dapatkan maklumat lanjut.

- Betulkan kesilapan maklumat yang dibangkitkan.

5) Jika kritikan tidak mesra dan ketepatannya merupakan hanya satu pandangan:

- Cari jalan persetujuan.

- Minta pendapat dan cadangan.

- Fikirkan untuk menggunakan komponen bahasa tanpa lisan bagi komunikasi yang asertif contohnya duduk dengan tegak dan meyakinkan, nada suara yang terang dan tegas serta pandang tepat ke mata pendengaran.

- Langkah-langkah ini juga akan membantu anda memberi jawapan dan dihormati.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my