Apakah ada rawatan HIV?

Jangan malu untuk dapatkan ujian saringan dan pemeriksaan doktor.
Jangan malu untuk dapatkan ujian saringan dan pemeriksaan doktor.
A
A
A

KESIHATAN HIV atau human immunodeficiency virus pernah menjadi satu epidemik yang meragut banyak nyawa pada tahun 1981. “HIV ialah satu hukum mati” mungkin bukan lagi sesuatu yang benar. Kini, mimpi ngeri itu mungkin akan berakhir dengan rawatan efektif yang ada pada hari ini.

Jika jangkitan HIV tidak dirawat, pesakit boleh mengalami Aids atau acquired immunodeficiency syndrome di mana sistem imun menjadi sangat lemah sehingga pesakit boleh meninggal dunia disebabkan jangkitan ringan. Selain itu, rawatan juga membantu mengawal virus daripada tersebar dalam komuniti.

ART sebagai rawatan HIV

Antiretroviral therapy (ART) ialah rawatan standard bagi HIV yang digunakan pada hari ini. Ia ialah gabungan beberapa jenis ubat-ubatan.

ART berfungsi dengan menyerang virus HIV yang menghapuskan komponen sel darah putih (sel CD4) sehingga melemahkan sistem imun. Ia menghalang virus tersebut daripada berkembang biak di dalam badan pesakit seterusnya memberi peluang kepada badan untuk pulih dan meningkatkan bilangan sel CD4 yang terhapus.

Dengan bilangan virus yang berkurang dalam darah, risiko menjangkiti orang lain dapat dikurangkan. Malah, jika bacaan virus tidak boleh dikesan melalui ujian darah beban virus, pesakit boleh menjalani hubungan seks dengan selamat.

ART tidak merawat jangkitan ini tetapi hanya menghalang perkembangan virus HIV dan ubat-ubatan perlu diambil setiap hari seumur hidup.

Gabungan ubat-ubatan dalam rawatan ART mungkin mempunyai kesan sampingan tertentu. Oleh itu, sila berbincang dengan doktor sebelum memulakan rawatan. Walau bagaimanapun, manfaat yang didapati daripada rawatan HIV ini mengatasi kesan sampingan yang mungkin ada.

Artikel Berkaitan:

Bila rawatan perlu dimulakan?

Sebaik sahaja jangkitan HIV dapat disahkan, rawatan perlu dimulakan secepat mungkin. Lebih awal ia dimulakan, lebih baik kesan yang diberikan. Bagi golongan tertentu, rawatan mungkin perlu dimulakan serta merta. Golongan ini termasuk ibu mengandung, pesakit Aids, dan fasa awal jangkitan HIV (6 bulan pertama).

Jika anda penghidap jangkitan HIV atau merasakan sedemikian tetapi belum menjalani ujian? Jangan malu untuk dapatkan pemeriksaan doktor. Lebih cepat anda bertindak, lebih baik! - https://hellodoktor.com/ms/