PH gagal tunai janji wujud peluang pekerjaan

NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS
NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Salah satu kegagalan terbesar kerajaan PH ialah gagal mewujudkan peluang pekerjaan seperti mana yang terkandung dalam manifesto.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, berbanding semasa pemerintahan kerajaan BN, sebanyak 3.6 peratus peluang pekerjaan pada tahun 2018 diwujudkan.

Malah katanya, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 54.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan jumlah nilai sebanyak RM1.5 trilion pada 2017.

“Kita jangan lupa jasa terbesar kerajaan BN untuk membantu graduan lepas universiti dengan mewujudkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dengan elaun bulanan sebanyak RM2,000.

"Hampir 140,000 graduan di negara ini mendapat pekerjaan menerusi SL1M yang dilancarkan pada Jun 2011.

“Pelbagai lagi dasar dan usaha kerajaan BN seperti Program Transformasi Ekonomi telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan.

“Kepada pemimpin PH, hentikanlah politik balas dendam dan fokus kepada pentadbiran kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tegasnya, manifesto PH khasnya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah retorik politik semata-mata untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

Jelas Najmil, pada hari ini, kadar pengangguran semakin meningkat dan golongan belia paling teruk terkesan.

“Itu belum lagi kita menyentuh dasar PTPTN yang telah diubahsuai kerajaan PH yang makin membebankan golongan graduan.

“Buktinya, kerajaan PH adalah kegagalan terbesar negara,” katanya.