Ringgit susut berbanding dolar AS

No Image Caption
A
A
A

RINGGIT dan mata wang negara sedang pesat membangun merosot berbanding dolar AS hari ini, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.1620/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1570/1620 pada Jumaat lepas.

Peniaga berkata, ringgit yang ditambat yuan, menjejaki penyusutan prestasi mata wang China selepas gabenor bank pusat China memberi isyarat bahawa pihak berkuasa dijangka bertoleransi terhadap kelemahan mata wang.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan paling rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0451/0477 daripada 3.0396/0444 ketika ditutup Jumaat lepas, turun berbanding yen kepada 3.8331/8366 daripada 3.8275/8331 dan rendah berbanding euro kepada 4.7047/7098 daripada 4.6787/6860 sebelum ini.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan lebih tinggi pada 5.2812/2866 daripada 5.2844/2924 berbanding pound.- Bernama

Artikel Berkaitan: