Smart Renov guna teknologi Jerman

Calvin Khor menunjukkan penggunaan produk teknologi Jerman yang meluas di Malaysia.
Calvin Khor menunjukkan penggunaan produk teknologi Jerman yang meluas di Malaysia.
A
A
A

KEDIAMAN selamat dan selesa membuka ruang kepada keharmonian dan kesejahteraan sesebuah masyarakat.

Pemilik yang menata rias kediaman mereka mengikut konsep pilihan hiasan dan rekaan dalaman diinginkan menggambarkan mereka sangat menitikberatkan setiap sudut untuk menyerlahkan kediaman mereka.

Sentuhan magis mereka dan pakar hiasan atau rekaan dalaman mampu memberikan kediaman mereka cantik, mewah dan eksklusif. Setiap inci rumah ditata rias dengan sebaik mungkin tanpa mengabaikan aspek keselamatan.

Menyedari industri hiasan dan rekaan dalaman mempunyai potensi yang cerah dan permintaan tinggi dalam kalangan individu dan industri perhotelan dan sebagainya, syarikat Renov Smart Decoration Sdn Bhd (Renov Smart) menawarkan perkhidmatan hiasan dan rekaan dalaman dengan menggunakan teknologi dan inovasi yang mendapat tempat di Jepun dan China.

Pengarah Urusannya, Calvin Khor berkata, konsep diperkenalkan oleh Renov Smart ialah rekaan dalaman menggunakan produk dari China berteknologi Jerman yang mementingkan aspek keselamatan terutamanya ketika berlaku bencana alam.

"Perkhidmatan hiasan dalaman yang kami sediakan masih baharu di Malaysia dan menawarkan harga yang berpatutan. Kami cuba membawa kelainan dengan menggunakan produk China iaitu siling aluminium bersepadu, aluminium polyurethane foam (pu foam) dan ‘bamboo wood fibre’ untuk dinding, stone plastic composite (SPC) untuk lantai dan PVC untuk ‘skirting’,” katanya.

Khor berkata, syarikat yang beroperasi di Cheras, Selangor itu menjangkakan perkhidmatan dan produk yang disediakan akan menjadi pilihan kerana syarikat mencatatkan jualan meningkat bulan ke bulan sejak beroperasi pada Mei lalu.

Dapat permintaan tinggi

Renov Smart mendapati penggunaan perkhidmatan dan produk ditawarkan syarikat itu mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa antaranya dalam kalangan penduduk China iaitu sebanyak 80 peratus sejak diperkenalkan lapan tahun lalu manakala di Jepun iaitu 60 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Ia memberikan keyakinan kepada kami untuk memperkenalkan penggunaan produk tersebut di Malaysia. Kami terkejut kerana mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak berada dalam pasaran enam bulan lalu dan ia tidak sukar untuk dipasarkan kerana mereka menyedari kualiti dan penggunaannya popular di luar negara.

“Kami optimis nilai estetika pada setiap ruang yang menggunakan perkhidmatan kami begitu mempesonakan tanpa mengabaikan fungsi kelengkapan setiap ruang. Ia menampilkan rekaan yang berpaksikan gaya elegan dan menunjukkan kemewahan pemiliknya,” katanya.

Beliau berkata, konsep rekaan dalaman memfokuskan kepada transformasi setiap ruang sekali gus menjadikan ruang untuk pemiliknya menikmati keselesaan dalam suasana yang eksklusif.

"Kami mahukan pelanggan merasai pendekatan kami yang mengetengahkan revolusi rekaan dalaman yang menyediakan solusi yang praktikal bagi pelbagai jenis kediaman termasuklah kontemporari dan mewah.

"Dari segi pemilihan aksesori, susun atur dan material sehinggalah kombinasi warna memainkan peranan dalam memberikan suasana yang selesa dan tenang kepada pemilik kediaman,” katanya.

Kombinasi sempurna

Khor berkata, sebelum menawarkan perkhidmatan rekaan dalaman menggunakan teknologi Jepun dalam pasaran tempatan, Renov Smart terlebih dahulu mengadakan kajian terperinci demi memenuhi kehendak tempatan.

"Dua produk yang ditawarkan dalam perniagaan kami iaitu penggunaan aluminium pu foam dan ‘bamboo wood fibre’ untuk dinding mendapat permintaan di luar jangkaan. Walaupun pertama kami diperkenalkan di Malaysia, dengan menggunakan formula terkini, aluminium pu foam membuktikan ia menghasilkan kekuatan dan ketahanan impak yang lebih tinggi.

"Aluminium pu foam yang digunakan di dinding merupakan penebat haba, kedap bunyi, kalis air dan tidak mudah terbakar. Ia juga mempunyai jaminan penggunaan selama 30 tahun.

"Ini kerana sifatnya lebih jimat dibandingkan material lain kerana ia mempunyai sistem aliran haba yang baik, tahan lama dan tidak mudah retak. Lebih menarik, ia anti kulat, tiada kimia dan paling penting lebih ringan yang dapat menjimatkan kos pengendalian logistik serta tempoh pemasangan kurang daripada enam jam,” katanya.

Beliau berkata, ia menjadi pilihan penduduk Jepun dan China kerana bimbang terhadap keselamatan nyawa dan harta benda mereka sekiranya berlaku gempa bumi kerana ia tidak rosak dan selamat untuk digunakan.

“Ia juga sangat fleksibel untuk digunakan pelbagai jenis kediaman sama ada di kampung atau bandar. Kami menawarkan harga rekaan dalaman mengikut bajet pelanggan dan dianggarkan keluasan 300 kaki persegi, kos untuk penggunaan aluminium pu foam bagi lantai, dinding dan siling adalah RM30,000,” katanya.

Lantai SPC

Renov Smart juga menawarkan rekaan dalaman melibatkan lantai dengan menggunakan SPC yang mendapat maklum balas positif dalam kalangan pelanggan.

"Selain menawarkan harga yang kompetitif, SPC lantai ini juga mempunyai ciri-ciri yang menjadi keutamaan pelanggan antaranya kalis air dan api, sesuai dengan pemanasan lantai, pemeliharaan haba dan penjimatan tenaga dan tiada gas berbahaya.

"Ia juga tidak berbuih dan mudah serta cepat untuk dipasang. Menariknya, pakej percuma disediakan untuk sebut harga dan perundingan percuma,” katanya.

Selain itu Khor berkata, Renov Smart juga menawarkan dinding bersepadu yang mempunyai banyak kelebihan dan mempunyai perbezaan dengan pengubahsuaian biasa kerana ia dapat menjimatkan kos.

"Bahan sampingan seperti kertas dinding, proses permukaan kasar rumah terlalu banyak, kos manual lebih besar. Produk yang kami tawarkan pada asasnya tidak diproses untuk permukaan rumah kerana ia dipasang secara langsung.

"Selepas pemasangan kertas dinding, ia tidak mudah untuk mencuci permukaannya. Malahan ia memerlukan penjagaan rapi kerana terutamanya apabila permukaannya lembab. Malah, produk ini mesra dengan alam sekitar.

Kembangkan perniagaan

Khor mahu mengembangkan perniagaan tersebut dan menyasarkan perkhidmatan rekaan dalaman kepada pemilik kediaman daripada golongan pertengahan.

“Kami juga menawarkan perkhidmatan ini kepada pemilik hotel, restoran, pemaju perumahan, hospital dan pawagam. Setakat ini, pelanggan kami dari Johor, Kedah, Singapura dan Thailand.

“Untuk memenuhi permintaan, kami menyasarkan untuk memiliki kilang sendiri di Shah Alam pada 2019. Kami juga menjangkakan mempunyai rangkaian sendiri dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Selain itu, Renov Smart juga menjadi pembekal kepada pemaju dan mengalu-alukan kepada pemaju yang ingin menjalinkan kerjasama sebagai strategi untuk mengukuhkan syarikat dan jenama tersebut dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Kami yakin Renov Smart akan mempunyai pengikutnya yang tersendiri kerana trend pengubahsuaian rekaan rumah berkembang pesat. Renov Smart menawarkan harga yang berpatutan iaitu hanya RM10 untuk satu kaki persegi lantai, RM19 untuk sekaki persegi siling manakala RM23 bagi sekaki persegi dinding,” katanya.

Jelasnya, kehadiran Renov Smart dalam industri bertujuan menyokong kehidupan harmoni dan lestari dengan ambil kira aspek harga, kemudahan prasarana dan sokongan kehidupan sebuah keluarga dan kejiranan yang baik.

"Kini, kami giat lakukan pemasaran menerusi promosi kepada orang ramai," katanyaRuang nampak selesa.Konsep yang ditampilkan menitik beratkan aspek keselamatan.