X

Kindly register in order to view this article
!

Mohon RM80 juta projek tebatan banjir

Kor Ming pada sidang media selepas hadir merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia Cawangan Hilir Perak kali ke-21 di Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di sini hari ini.
A
A

TELUK INTAN - Sebuah projek tebatan banjir sepanjang 5.5KM berjumlah RM80 juta bakal dilaksanakan dalam memastikan masalah banjir di dalam Parlimen ini dapat diatasi masa hadapan.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan peruntukan tersebut daripada kerajaan Persekutuan dan dikenali sebagai Projek Tebatan Banjir Fasa Kedua.

"Kertas kerja telah pun saya serahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran di Putrajaya di mana cadangan kita bukan sahaja membina tebatan banjir malah apabila siap kelah ia akan dijadikan sebagai taman rekreasi.

"Saya mahu satunya-satunya taman rekreasi Water Front di atas tebatan banjir terbesar di Malaysia dibina di Teluk Intan dalam menarik kedatangan pelancong ke sini apabila ia siap kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia Cawangan Hilir Perak kali ke-21 di Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, dia mahu memanfaatkan projek tebatan banjir fasa kedua berkenaan sepenuhnya sebagai kawasan rekreasi serta tarikan pelancongan selain berperanan mencegah banjir di parlimennya itu.

"Saya mahu projek tebatan banjir ini ada pelbagai fungsi bukan sahaja mencegah banjir malah menjadi tarikan pelancongan serta tempat beriadah paling cantik di Malaysia.

"Buat masa ini projek tebatan banjir fasa satu sepanjang lebih 1KM sudah siap dan apabila fasa kedua sepanjang 5.5KM ini mendapat kelulusan dan dibina secara keseluruhan akan terdapat hampir 7KM tebatan banjir yang boleh dibangunkan," katanya.

Tambahnya dia berharap kerajaan meluluskan permohonan beliau bagi mendapatkan peruntukkan berkenaan hujung tahun ini supaya projek tebatan banjir fasa kedua boleh dimulakan awal tahun hadapan dan seterusnya siap sepenuhnya dua tahun selepas itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!