X

Kindly register in order to view this article
!

APM selamatkan anak lembu jatuh longkang

Anak lembu yang terjatuh ke dalam longkang berjaya diselamatkan oleh APM.
A
A

SUNGAI PETANI - Tidak hanya melaksanakan misi bantuan menyelamatkan nyawa orang ramai, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut menyelamatkan haiwan terkandas.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten PA Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes lembu terjatuh ke dalam longkang, Jumaat lalu.

Menurutnya, Skuad Delta yang bertugas ketika kejadian bergegas ke lokasi setelah dihubungi kira-kira jam 5.36 petang.

"Apabila sampai ke lokasi kejadian pada jam 5.56 petang iaitu di laluan tepi Hospital Pakar Metro Sungai Petani, kami mendapati seekor anak lembu terjatuh dalam longkang," katanya.

Operasi yang diketuai Leftenan Muda (PA) Hasrul Mohd Heary Halim bersama empat anggota akhirnya berjaya menyelamatkan dengan membawa keluar anak lembu tersebut dalam tempoh kira-kira 11 minit.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!