Hakisan tanah: Kerja pembaikan siap Ogos tahun ini

Penghadang jalan diletakkan di kawasan terjejas bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku selain memastikan laluan lancar.
Penghadang jalan diletakkan di kawasan terjejas bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku selain memastikan laluan lancar.
A
A
A

IPOH - Kerja-kerja pembaikan Jalan Felda Sungai Klah yang mengalami hakisan tanah dijangka siap pada Ogos tahun ini.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, sehingga kini, kemajuan kerja-kerja pembaikan sehingga kini mencapai 40 peratus.

Menurutnya, bagaimanapun pada 7 Jun lalu berlaku rekahan baharu di lokasi berkenaan dan kerja-kerja pembaikan masih diteruskan.

"Tindakan awalan yang telah diambil ialah dengan membuat pelan pengurusan trafik yang baharu. Pengadang telah disusun semula, dilengkapi dengan 'dileanators' dan 'blinkers'. Setakat ini hanya satu lorong dibuka untuk kegunaan awam.

"Kerja-kerja yang sedang berjalan di tapak adalah pembinaan 'terramesh wall' serta kerja-kerja penambakan tanah di belakang terramesh wall. Bagaimanapun, kerja-kerja penambakan terpaksa dihentikan sementara waktu semasa musim perayaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keadaan Laluan Felda Sungai Klah di Seksyen 4.30 berisiko kepada semua kenderaan selepas hujan lebat menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan hakisan jalan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail semalam menjelaskan keadaan itu dikesan sekitar jam 7 malam kelmarin yang disebabkan hujan berlarutan selama beberapa jam.

Menurutnya, lawatan oleh ketua polis Balai Sungkai bersama penyelia syarikat kontraktor di lokasi pagi tadi mendapati, keadaan tanah yang runtuh meliputi 3/4 jalan.

Artikel Berkaitan: