Suri rumah mati dalam keadaan tergantung

Gambar hiasan
A
A

TANAH MERAH - Seorang suri rumah ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam rumah di bahagian dapur dalam kejadian di Taman Selaseh Jalan Ismail Petra di sini pagi tadi.

Mangsa, warga Thailand berusia 45 tahun dipercayai dijumpai suaminya kira-kira pada jam 7.30 pagi dalam keadaan tergantung pada besi jeriji pintu dapur.

Hasil pemeriksaan awal pada tubuh badan wanita itu, tiada kecederaan fizikal lain dijumpai kecuali bahagian leher dipercayai kesan jerutan kain tersebut.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, hasil siasatan awal juga mendapati, wanita itu telah berkahwin dengan lelaki tempatan berbangsa Cina selama 14 tahun dan tinggal di rumah tersebut bersama suaminya dan tidak mempunyai anak.

"Kejadian disedari oleh suaminya pada jam 7.30 pagi selepas lelaki itu bangun dari tidur.

"Hasil siasatan dilakukan, rakan si mati ada menceritakan wanita itu tidak dapat tidur malam selama seminggu," katanya.

Suzaimi berkata, wanita itu juga mengalami kemurungan dan telah mendapatkan rawatan di klinik sebelum ini.

Menurutnya, setakat ini siasatan masih dilakukan untuk tindakan lanjut.