Toyota lancar cawangan 2s di Taman Petaling Utama

No Image Caption
A
A
A

UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini melancarkan pusat 2S (servis dan alat ganti) baharu yang telah pun beroperasi di Taman Petaling Utama, Kuala Lumpur.

Dikendalikan oleh Laser Motor Sdn Bhd, pusat 2S ini pastinya menjadi tumpuan para pemilik kenderaan Toyota di kawasan sekitar Petaling Jaya, Puchong dan Kinrara, kata Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K.

"Kami memuji inisiatif Laser Motor Group yang meningkatkan kemudahan mereka dalam rangkaian Toyota di Malaysia. "Dengan lebih banyak cawangan di lokasi strategik, pelanggan tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti," katanya.

Pusat 2S baharu itu juga dilengkapi dengan lounge pelanggan yang serba selesa di samping perkhidmatan wifi secara percuma serta ruang permainan untuk kanak-kanak.

  • Alamat: No. 30E, Jalan PJS 1/46, PJS 1,
  • Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Kuala Lumpur
  • Servis: Dilengkapi dengan 14 petak penyelenggaraan dan 13 juruteknik terlatih untuk menyelenggara kenderaan Toyota
  • Operasi: Isnin hingga Jumaat (pukul 8 pagi hingga 5.30 petang (kecuali cuti umum).Pusat 2S UMW Toyota Motor

Artikel Berkaitan: