Kematian Adib: NGO gesa pihak berkuasa bertindak segera

Muhammad Adib
Muhammad Adib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku yang mengakibatkan kematian anggota bomba Muhamad Adib Mohd Kassim yang parah dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lepas.

Presiden Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Razali Zakaria berkata, kematian Muhammad Adib perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

“Kami menggesa polis agar segera mengambil tindakan menyiasat berdasarkan fakta dan bukti sedia ada supaya rakyat tidak bertanya dan membuat keputusan sendiri,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Brickfields, di sini hari ini.

Antara NGO lain yang hadir ialah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam, Isnin lepas di Institut Jantung Negara (IJN), di sini. - Bernama

Artikel Berkaitan: