X

Kindly register in order to view this article
!

RM31,000 hasil jual daging, lembu hangus

Abdul Rahman hanya mampu termenung memikirkan wang tunai berjumlah RM31,000 hasil jualan daging dan lembu dua hari menjelang sambutan Aidilfitri hangus.
A
A

PASIR MAS - Seorang warga emas hanya mampu berputih mata selepas wang tunai berjumlah RM31,000 hasil jualan daging dan lembu dua hari menjelang sambutan Aidilfitri hangus apabila rumah kakaknya di Kampung Banggol, Gelang Mas di sini terbakar petang semalam.

Kejadian pada jam 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Abdul Rahman Jusoh, 60, dan kakaknya serta ahli keluarga yang lain tiada di rumah.

Abdul Rahman berkata, setiap kali selesai urusan jual beli lembu, dia akan terus ke bank untuk menyimpan wang tersebut.

"Tapi kali ini tak sempat sebab cuti raya selain jalan sesak.

"Saya tinggal dengan kakak Saudah Jusoh, 70, serta seorang anak saudara dan cucu saudara. Tapi masa kejadian mereka tak ada di rumah," katanya.

Menurutnya, dia menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Selain rumah Saudah, api turut merebak ke rumah adiknya Sapiah, 59, yang terletak bersebelahan menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus