Lelaki dikhuatiri diserang buaya

Gambar hiasan
A
A

LAHAD DATU - Seorang lelaki hilang dikhuatiri diserang buaya ketika memancing di sungai dalam sebuah ladang di Jalan Temenggung di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini berkata Rudy Gessa, 44, yang merupakan warga Indonesia keluar memancing pada 4 petang semalam dan laporan berhubung kehilangan lelaki itu diterima pada 8.02 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, tiga anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). - Bernama