Ameena Sofia penyeri Aidilfitri Shakilla Khoriri dan Fizi Ali

Fizi, Shakilla dan anak
Fizi, Shakilla dan anak
A
A
A
SELEPAS hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata tentunya memberikan lebih kebahagiaan kepada pelakon Shakilla Khoriri dengan suami yang juga merupakan seorang penyampai radio Suria, Fizi Ali.

Dengan kehadiran anak perempuan, Ameena Sofia yang kini menjengah usia empat bulan, kenangan Aidilfitri pada kali ini tentunya lebih meriah dan berseri-seri.

Berkongsi mengenai sambutan hari raya, kata Shakilla, persiapan masih seperti biasa cuma sedikit terkilan kerana tidak sempat untuk membuat baju tempah khusus untuk anaknya, Ameeana Sofia.

“Fasal baju raya ini saya utamakan suami dulu, bagi dia pilih nak warna apa, kemudian baru fikir dan cari baju raya saya pula.

“Cuma, sayangnya saya teringin nak tengok anak pakai baju kurung tak dapat sebab tak sempat nak buat. Kalau nak beli yang dah siap susah sikitlah,” luahnya di samping Fizi kepada Sinar Harian.

Bercerita tentang pulang beraya ke kampung, Shakilla dan Fizi yang ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Suria pada minggu akhir Ramadan lalu berkata, mereka tidak menghadapi sebarang masalah. Malah, meraikan hari yang mulia itu dengan sebaik-baiknya.

“Raya tahun lepas sebagai pengantin baru pun kami tak ada masalah nak pulang ke mana-mana terlebih dahulu.

“Tahun lepas dan tahun ini masih sama, raya pertama akan sambut di rumah sebelah Shakilla. Kemudian, pada raya kedua atau ketiga baru saya akan bawa isteri dan anak pulang beraya di kampung saya di Kota Tinggi, Johor,” kata Fizi sambil melemparkan senyuman kepada Shakilla.

Artikel Berkaitan:

Fizi, Shakilla dan anak.
Fizi, Shakilla dan anak.



Ke mana sahaja mereka pergi bersama anak, pastinya Ameena Sofea akan menjadi perhatian dalam kalangan rakan artis dan saudara-mara kerana wajah comel yang dimiliki.

Sungguhpun begitu, mereka mengakui masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka sejurus Shakilla habis berpantang.

“Dengan saudara-mara tidaklah kami nak letakkan syarat apa-apa kalau nak dukung dan pegang, cuma dengan orang luar sahajalah sedikit merisaukan kami.

“Sebelum ini, masa saya habis berpantang, kami keluar makan di The Curve, adalah hamba ALLAH ini sanggup menunggu lama semata-mata nak usap Ameena. Dia usap pipi dan kepala dan selepas itu bila kami nak bergerak pulang tiba-tiba Ameena menangis.

“Kami tidak menyalahkan orang itu cuma selepas kejadian itu kulit Ameena pun jadi gelap dan menangis sepanjang jalan malah berlarutan sampai empat hari. Ameena macam nampak lembaga.

“Perkara yang berlaku membuatkan kami trauma nak bagi orang yang tak dikenali memegang anak,” luah pasangan itu.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan itu selamat diijabkabulkan pada 18 Februari 2018 di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.