Bebelan si cilik curi tumpuan di media sosial

Rakaman video Kingston 'berbual' dengan bapanya mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Rakaman video Kingston 'berbual' dengan bapanya mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.
A
A
A

NASHVILLE - [DIKEMASKINI] Ia adalah salah sebuah klip video paling mendapat perhatian sepanjang minggu lalu.

Perbualan santai antara seorang bapa dengan anak lelakinya yang berusia 1 tahun ketika menonton televisyen berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial dan telah mendapat lebih 47 juta tontonan di Facebook sehingga malam Jumaat lalu.

Menerusi wawancara bersama CNN baru-baru ini, D J Pryor dari Tennessee, Amerika Syarikat memberitahu tujuan asal dia merekodkan perbualan itu sebagai kenangan zaman kanak-kanak untuk anaknya, Kingston.

“Ia berlaku secara spontan. Kami sedang menonton episod akhir drama, Empire dan saya bercakap tentangnya dengan Kingston. Dia memberi respons dalam ‘bahasanya’ seakan memahami apa yang saya perkatakan.

"Bebelannya menjadi semakin rancak,” katanya.

Gelagat comel Kingston turut mencetuskan beberapa hashtag untuk klip video tersebut malah ada pengguna media sosial yang mencadangkan agar si cilik itu mempunyai rancangannya sendiri. - Agensi

Artikel Berkaitan: