Polis nafi kes culik 16 individu di Rompin

Berita kehilangan 16 individu yang tular di laman sosial.
A
A

FAKTA

KUANTAN- Polis menafikan info yang tular di media sosial berhubung kes hilang atau culik melibatkan 16 individu termasuk kanak-kanak di Rompin .

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, berita tersebut palsu dan disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Menurutnya, Polis Rompin tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian orang hilang atau kes culik setakat ini.

“Saya difahamkan Info tersebut tular di laman sosial WhatsApp dan Facebook sejak dua hari lalu,” katanya.

AUTA

“Tolong info semua kampung yang jauh atau dekat, sekarang ni ada berlaku hilang budak-budak umur 12 tahun hingga 20 tahun, ambil kepala, hati, tangan dan kaki. Sudah berlaku di Rompin 16 orang telah hilang.

“Bagi info, sekarang mereka berada di kawasan Kahang, Kluang dan Mersing. Tolong jaga anak-anak yang keluar berjalan-jalan atau bermain di luar rumah. Kalau ada orang naik motor EX5, LC dan 125ZR atau kereta kene hati-hati...

Motor EX5 JPN 4690 Motor LC JHJ 8890.