‘Beyblade Raya’ ceriakan sambutan Syawal

Abdul Hadi (tiga dari kiri) bersama pemenang pertandingan Beyblade Raya yang diadakan sempena Aidilfitri.
Abdul Hadi (tiga dari kiri) bersama pemenang pertandingan Beyblade Raya yang diadakan sempena Aidilfitri.
A
A
A

JERLUN - Sambutan Aidilfitri kali ini menampilkan kelainan apabila diadakan pertandingan Beyblade Raya untuk menceriakan kanak-kanak.

Ketua Pemuda Pas kawasan Jerlun, Abdul Hadi Omar berkata, program unik dan santai itu diadakan untuk meraikan anak-anak perantauan Jerlun yang pulang ke negeri ini untuk menyambut Hari Raya, selain merapatkan ukhwah anak Jerlun.

Menurutnya, seramai 50 peserta terdiri daripada kanak-kanak berusia empat hingga 15 tahun menyertai pertandingan Beyblade Raya, anjuran Pemuda Pas kawasan Jerlun.

“Ramai yang hadir membawa anak-anak dan keluarga memeriahkan pertandingan tersebut, walaupun ramai yang mendaftar tetapi pihak penganjur hanya mampu menerima 50 peserta sahaja,” katanya, di Dataran Markaz Pas kawasan Jerlun Lubuk Pinang semalam.

Abdul Hadi berkata, walaupun pertama kali pertandingan itu dianjurkan, sambutan diterima di luar dugaan.

“Berdasarkan sambutan yang sangat memberangsangkan, kita bercadang anjurkan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Pertandingan itu dimenangi Mohd Adam Faris dengan membawa pulang duit raya RM90 dan hamper, manakala naib johan disandang Mohd Rayyan Zafril yang menerima duit raya RM50 dan hamper.

Artikel Berkaitan: