Gunting rambut percuma Sabtu ini!

Presiden Ukhwah Zulkefly Senek (kiri) bersama Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat Yayasan Pahang, Mohd Fazmie menunjukkan poster Program Gunting Rambut Amal yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Presiden Ukhwah Zulkefly Senek (kiri) bersama Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat Yayasan Pahang, Mohd Fazmie menunjukkan poster Program Gunting Rambut Amal yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
A
A
A

KUANTAN - Yayasan Pahang menyasarkan seramai 300 pelajar mendapat manfaat melalui penganjuran Program Gunting Rambut Amal yang bakal diadakan 22 Disember ini.

Program dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ukhwah Dan Silaturrahim Pahang (Ukhwah) itu akan berlangsung di Lobi Kompleks Yayasan Pahang.

Pengurus Unit Komunikasi Korporat Yayasan Pahang Zarinah Hamid berkata, program dilakukan sempena pembukaan sesi persekolahan 2019 itu bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa terutamanya yang kurang berkemampuan.

“Selain membantu ringankan beban ibu bapa, penganjuran program sebegini juga dapat mengetengahkan peranan Yayasan Pahang kepada masyarakat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Zarinah berkata, program yang bermula jam 9 pagi itu melibatkan 15 tukang gunting termasuk empat Orang Asli dari Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (Petama).

"Gunting rambut percuma ini hanya diberi keutamaan kepada murid dan pelajar sekolah. Diharap para pelajar sekolah di daerah ini akan datang menikmati perkhidmatan yang telah kami sediakan untuk mereka.

"Program itu sekali gus mengingatkan mereka yang disiplin dari segi sahsiah diri perlu diutamakan ketika mengikuti pembelajaran di sekolah," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi wakil Yayasan Pahang, Mohd Fazmi Abu Johan 0139598739 dan wakil Ukhwah, Mohammad Sofiyyuddin Sarani, 0134147623.

Artikel Berkaitan: