Penumpang bot ekspres cemas lihat asap tebal

No Image Caption
A
A
A

SONG - Seramai 136 penumpang berdepan detik cemas apabila mendapati kepulan asap tebal keluar dari bahagian enjin bot ekspres yang mereka naiki di Terminal Bot Ekspres pagi hari ini.

Mereka mulai panik kerana menyangkakan bot yang hendak berlepas ke Sibu semasa kejadian pada jam 11.50 pagi itu terbakar.

“Para penumpang cemas dan juragan bot ekspres mengarahkan kesemua penumpang keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi pihak Bomba untuk bantuan.

"Kesemua penumpang keluar dengan selamat,” kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song, Pegawai Bomba Kanan II Nasihin Jaum.

Sepasukan Bomba dengan kekuatan empat anggota dan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) diketuai beliau sendiri digerakkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kejadian pada pukul 11.55 pagi daripada orang awam.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada berlaku kebakaran tetapi kepulan asap berlebihan keluar dari ekszos itu adalah disebabkan enjin tidak berfungsi dengan cekap.

Pihak Bomba hanya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan keadaan selamat dan operasi ditamatkan pada 12.53 tengah hari, katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: