Peragut berjaya ditahan orang awam

A
A

KOTA KINABALU - Seorang peragut berjaya ditahan apabila gagal melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita warganegara China pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata polis menerima laporan pada jam 9 malam berhubung kes berkenaan.

"Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 23 tahun ditangkap oleh orang awam selepas mendengar jeritan mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Habibi berkata ketika kejadian mangsa sedang melalui kawasan belakang perpustakaan lama, Jalan Gaya sebelum diragut dari arah belakang.

Katanya mangsa mendapat semula beg tangan yang mengandungi duit dan pasport antarabangsa. Suspek telah direman sehingga 14 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia