Tunggang 'kapcai' untuk tunai haji

Mukhriz (lima dari kanan) bersama sembilan peserta Ride To Hajj 2.0 di pekarangan Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
Mukhriz (lima dari kanan) bersama sembilan peserta Ride To Hajj 2.0 di pekarangan Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Sembilan sahabat nekad untuk mengembara ke Makkah bagi menunaikan ibadat haji dengan menunggang 'kapcai sejauh 16,000 kilometer bermula hari ini.

Penyelaras Ride To Hajj 2.0, Sohaini Samson berkata, peserta konvoi selama 55 hari itu bakal merentasi enam negara iaitu Thailand, Myanmar, Iran, India, Pakistan dan UAE sebelum memasuki Arab Saudi.

"Ini adalah konvoi kedua selepas kejayaan pertama oleh mentor kami yang juga legenda lumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid bersama empat peserta lain pada 2016.

"Kami jangka sampai lebih awal di Dubai sebelum bergerak ke Tanah Suci Makkah. Kami sasar untuk sampai ke sana dalam tempoh 10 hari sebelum hari wukuf," katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Seri Mentaloon di sini semalam.

Perserta bersama ahli keluarga sebelum pelepasan Ride To Hajj 2.0 yang disempurnakan Mukhriz di pekarangan Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
Perserta bersama ahli keluarga sebelum pelepasan Ride To Hajj 2.0 yang disempurnakan Mukhriz di pekarangan Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.

Dia berkata demikian sebelum majlis pelepasan yang disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kira-kira jam 10 pagi dan turut dihadiri keluarga serta kenalan peserta konvoi.

Menurutnya, konvoi dianjurkan Kelab Kebajikan Permotoran Amal (KKPA) itu dilakukan selepas terinspirasi dengan kejayaan konvoi yang kali pertama diadakan tiga tahun lalu.

"Kami menggunakan kapcai jenama Honda bagi menjimatkan kos selain ringan melakukan perjalanan jauh. Segala aktiviti dan perjalanan konvoi ini boleh ikuti melalui Facebook Kelab Kebajikan Permotoran Amal - Karahaki.

Artikel Berkaitan:

Semua peserta Ride To Hajj 2.0 mengaminkan doa selamat di pekarangan Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar sebelum bertolak menuju ke sempadan Malaysia - Thailand.
Semua peserta Ride To Hajj 2.0 mengaminkan doa selamat di pekarangan Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar sebelum bertolak menuju ke sempadan Malaysia - Thailand.

"Semua ahli keluarga peserta, sahabat dan kenalan diharap dapat sentiasa mendoakan kami. Semoga perjalanan semua tetamu Allah ini dipelihara dengan rahmatnya," katanya.

Sohaini berkata, semua peserta yang berusia 30 hingga 50 tahun itu menyertai ekspedisi berkonsepkan 'Kembara Berilmu, Ibrah Bertamu’ dan rata-rata mereka mempunyai pengalaman luas menyertai konvoi di peringkat antarabangsa seperti Eropah dan sekitar Asia menggunakan motosikal berkuasa tinggi.