Walau jadi ketua, suami tak harus belakangi isteri

Netizen menggelar pelawak popular, Shuib Sepahtu sebagai suami dayus selepas meminta izin isterinya, Siti Sarah Raissuddin untuk membeli motosikal. (Gambar kecil: Wan Salim)
Netizen menggelar pelawak popular, Shuib Sepahtu sebagai suami dayus selepas meminta izin isterinya, Siti Sarah Raissuddin untuk membeli motosikal. (Gambar kecil: Wan Salim)
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak menjadi satu kesalahan di sisi agama Islam jika suami meminta kebenaran atau berbincang dengan isterinya dalam membuat apa-apa keputusan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, kedudukan suami selaku ketua keluarga tidak bererti dia harus membelakangi isterinya dalam menentukan haluan dan corak kehidupan yang ditempuh bersama.

Menurut Wan Salim, pasangan suami isteri merupakan rakan kongsi yang mempunyai hak dan kewajipan bertimbal balik untuk memastikan kehidupan sentiasa diliputi suasana harmoni dan bahagia.

“Justeru, pengurusan sebuah rumahtangga mesti didasarkan di atas sikap pemuafakatan dan saling merelai antara pasangan terbabit.

“Ini bererti bahawa kedudukan suami selaku ketua keluarga tidak seharusnya menghalang pasangan berbincang dan membuat keputusan bersama untuk kepentingan keluarga dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dan kemesraan antara kedua-duanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Netizen menggelar pelawak popular, Shuib Sepahtu sebagai suami dayus selepas meminta izin isterinya, Siti Sarah Raissuddin untuk membeli motosikal.
Netizen menggelar pelawak popular, Shuib Sepahtu sebagai suami dayus selepas meminta izin isterinya, Siti Sarah Raissuddin untuk membeli motosikal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu netizen menggelar pelawak popular, Shuib Sepahtu sebagai suami dayus selepas meminta izin isterinya, Siti Sarah Raissuddin untuk membeli motosikal.

Ada netizen yang meninggalkan komen di Instagram Siti Sarah yang memberi pandangan bahawa tidak wajar bagi suami memohon kebenaran sedangkan lelaki adalah ketua keluarga dan menanggung dosa isteri.

Artikel Berkaitan:

“Ini tidak wajar disifatkan sebagai dayus. Sebaliknya ini adalah tindakan terpuji dan sikap mulia yang mesti disanjung dan dihargai,” kata Wan Salim.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, Islam adalah agama yang merestui semangat demokrasi dalam segala lapangan kehidupan, keluarga, sosial dan negara.

“Sikap permuafakatan memerlukan saling bertukar pandangan antara sesama ahli sesebuah perkongsian atau institusi," katanya.