Azrinaz sahkan hamil enam bulan

No Image Caption
A
A
A

BEKAS personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim mengumumkan berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini hamil enam bulan menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya hari ini.

Azrinaz memaklumkan bahawa kandungannya hasil perkahwinan dengan Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei tahun lalu itu tanpa bantuan teknologi moden.

No Image Caption

“Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur saya sudah melepasi peringkat kedua kehamilan.

“Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian yang amat saya kasihi. ALLAH memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.

“Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden, namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, tidaklah semudah 11 tahun lalu,” katanya menerusi laporan yang disiarkan oleh Harian Metro.

Dalam pada itu, Azrinaz juga turut berdoa semoga bayi dalam kandungannya itu sihat dan selamat dilahirkan kelak.

“Diharapkan semoga kandungan yang berusia enam bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian supaya bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Perkahwinan Azrinaz dan Fairos itu adalah perkahwinan kedua bagi Azrinaz.

Beliau sebelum ini merupakan isteri kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.